Dua penolong akauntan JKM didakwa pecah amanah RM74,000


Dua penolong akauntan JKM didakwa pecah amanah RM74,000

"Saya tidak mampu bayar jaminan yang tinggi kerana suami saya hanya bekerja sebagai kelindan lori. Buat masa ini, saya hanya mampu sediakan RM1,000 dan mohon mahkamah mempertimbang alasan itu," katanya.


KUANTAN - Dua penolong akauntan di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Raub didakwa di Mahkamah Sesyen Kuantan pada Khamis atas dua pertuduhan melakukan pecah amanah terhadap wang berjumlah RM74,000 dalam kejadian dua tahun lalu.


Tengku Asraf Shah Tengku Yahya dan Zuraini Abdul @ Abdul Rahman masing-masing berusia 39 tahun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mohd Zain.


Berdasarkan pertuduhan utama, mereka didakwa secara bersama-sama sebagai penjawat awam iaitu penolong akauntan yang diamanahkan dengan penguasaan harta membabitkan wang dalam akaun pejabat JKM Raub berjumlah RM74,000 telah melakukan pecah amanah berkaitan harta tersebut.


Perbuatan itu didakwa dilakukan oleh mereka di pejabat JKM Raub, antara 22 Jun 2020 dan 18 Februari tahun lalu.


Mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebat, dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.


Bagi pertuduhan pilihan pula, kedua-dua tertuduh didakwa secara bersama melakukan pecah amanah berkaitan harta RM74,000 dalam akaun pejabat JKM Raub dan perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat dan tarikh yang sama.


Tengku Asraf dan Zuraini didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika didapati bersalah.


Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Kamariah Seman menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.


Bagaimanapun, peguam Shahidah Muslimah Roslan mewakili Tengku Asraf memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya menyara isteri, dua anak dan ibu bapanya yang uzur.


"Pohon jaminan yang rendah kerana anak guamnya mempunyai pendapatan bersih sekitar RM800 dan memberi kerjasama yang baik kepada pegawai SPRM sepanjang siasatan dijalankan.


"Anak guam saya hanya mampu menyediakan wang jaminan RM3,000 pada ketika ini dan bersedia dengan syarat tambahan akan dikenakan oleh mahkamah," ujarnya pada prosiding itu.


Sementara itu, Zuraini yang tidak diwakili peguam merayu agar mahkamah mengurangkan jaminan kerana mempunyai anak yang masih bersekolah dan mempunyai penyakit anemia serta memerlukan rawatan di hospital.


"Saya tidak mampu bayar jaminan yang tinggi kerana suami saya hanya bekerja sebagai kelindan lori. Buat masa ini, saya hanya mampu sediakan RM1,000 dan mohon mahkamah mempertimbang alasan itu," katanya.


Mahkamah kemudian membenarkan kedua tertuduh diikat jamin RM5,000 setiap seorang serta seorang penjamin.


Selain itu, mahkamah mengarahkan kedua-dua tertuduh melaporkan diri di Pejabat SPRM berdekatan pada setiap bulan bermula bulan ini dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sehingga kes selesai.


Kes disebut semula pada 7 Mac depan sebagai serahan dokumen dan lantikan peguam.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



FBBOOM

Software Facebook Auto Bot, Iklankan produk atau servis anda di Facebook secara automatik!

Manfaat guna software FB Auto Bot

✅ AUTO POST TO GROUP
✅ AUTO SHARE POST
✅ AUTO ADD FRIEND ( TARGETED )
✅ AUTO JOIN GROUP ( TARGETED )
✅ AUTO INBOX FRIEND
✅ AUTO SELL IN MARKETPLACE ( NEW )
✅ AUTO COMMENT POSTING ( NEW )
✅ AUTO LIST MARKETPLACE GROUP ( NEW )

(420,165 Download)






TraderBot

Applikasi trading signal bot automatik... Android sahaja

Applikasi trading signal bot memudahkan aktiviti trading harian anda. Kurangkan risiko, trade dengan selamat

(1,931,003 Downloads)