Video - Pemandu MPV cetus kemalangan dicari


Gara-gara mengelak sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) memasuki laluannya, seorang pemandu Myvi maut

"Mohamad Haszaniza Sulong@ Zakaria, 27, meninggal dunia akibat kecederaan di beberapa anggota badan setelah kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta jenis Mercedes Benz."


DUNGUN – Gara-gara mengelak sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) memasuki laluannya, seorang pemandu maut yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam kemalangan di Kilometer 91.1, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Air Hitam di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, Mohamad Haszaniza Sulong@ Zakaria, 27, meninggal dunia akibat kecederaan di beberapa anggota badan setelah kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kereta jenis Mercedes Benz.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, Mohamad Haszaniza dikatakan dalam perjalanan menuju ke arah Kuala Terengganu dari Kuantan, Pahang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah MPV yang masih belum dikenalpasti dikatakan telah memasuki laluan bertentangan untuk memotong kenderaan lain.

“Kereta Perodua Myvi dipandu mangsa cuba mengelak daripada dirempuh MPV yang terlalu hampir itu dengan memasuki laluan bertentangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, reaksi spontan itu menyebabkan kereta Perodua Myvi mangsa terbabas lalu bertembung dengan kereta jenis Mercedes Benz.





Baharudin berkata, polis sedang menyiasat dan menjejak identiti pemandu MPV yang didakwa mencetuskan kemalangan maut itu.

Tonton video dan gambar kejadi di telegram kami di sini


“Setakat ini, polis telah mendapatkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) kes kemalangan itu daripada Majlis Perbandaran Dungun dan sebuah premis milik syarikat swasta untuk siasatan lanjut,” katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!