"Larikan Ford Ranger sebelum kemalangan

Tumpat: Nahas yang menyebabkan tiga maut termasuk dua rentung di Jalan Wakaf Bharu-Palekbang, di sini, awal pagi hari ini dipercayai berkait dengan kes samun.




Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, sebelum kemalangan, tiga mangsa itu termasuk seorang lagi individu menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda HRV ke sebuah rumah di Kampung Sungai Pinang.




"Pemilik rumah tersedar sebaik mendengar bunyi kenderaan dihidupkan dan sebaik membuka pintu dia ternampak seorang lelaki berada dalam kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger miliknya.


"Pada masa sama, seorang lagi penumpang Honda HRV keluar dan melibaskan senjata tajam ke arah pemilik kenderaan berkenaan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.




Mohd Azmir berkata, kenderaan pacuan empat roda berkenaan berjaya dilarikan dan pemiliknya bertindak mengejar empat lelaki yang menaiki dua kenderaan itu dengan kereta BMW miliknya.





Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian iaitu di Kampung Morak, Honda HRV yang dinaiki tiga individu berkenaan terbabas sebelum terbakar dan mengorbankan semua penumpang.





"Bagaimanapun pengadu tidak mengendahkan kejadian itu dan terus mengejar Ford Ranger miliknya yang dipandu seorang lelaki.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)