‘Saman Menteri-Menteri Sedap Sikit’- Ustaz Abu Syafiq Pesan Jangan ‘Sembah’ Vaksin


Berikutan kontroversi mengenai isu vaksin Covid-19 yang dikongsikan di media ustaz Abu Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Rasyiq Mohd Alwi, Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin memfailkan saman fitnah ke atas pendakwah tersebut.



Akan Failkan Saman Balas


Susulan isu tersebut, pendakwah ini memuatnaik di Instagram nya dengan mengatakan pihaknya akan memfailkan saman balas semula terhadap menteri dengan nilai saman RM500 juta.




Dalam muat naik Abu Syafiq di Insta-Stories sebelum ini, pendakwah ini seolah-olah menyindir Khairy dengan membuat tanda pagar dengan ayat menteri koyak sebelum memuatnaik ayat permohonan maaf dan mengatakan akan membuang video serta posting berkaitan menteri kesihatan tersebut.




Tetap Dengan Pendirian, Lawan Pemimpin Zalim

Manakala dalam muat naik terkini pendakwah ini di Instagram nya, Abu Syafiq dengan tegas mengatakan dirinya tidak akan berdiam diri dan akan melawan pemimpin zalim habis-habisan.



Apa-apa pun harap semuanya dapat diselesaikan dengan cara baik.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!