Individu bergejala dibenarkan mengundi?


Individu bergejala dibenarkan mengundi?

"Jika bergejala, pengundi perlu memaklumkan kepada petugas di tempat mengundi dan akan diasingkan serta dibenarkan mengundi dalam khemah khas disediakan," katanya


Johor Bahru: Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan satu audio tular yang menyatakan pesakit positif Covid-19 dibenarkan keluar mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, esok.


Pengarahnya, Datuk Dr Aman Rabu berkata, audio suara lelaki dengan durasi 1 minit 7 saat itu adalah tidak benar.


Katanya, pengundi yang positif Covid-19 tetap tidak dibenarkan keluar mengundi.


"Pengundi berstatus individu yang disyaki (PUI) dan individu dalam pemantauan (PUS) perlu memohon kebenaran daripada Pegawai Kesihatan Daerah (PKD), Pejabat Kesihatan Daerah yang mengawasi Arahan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian sekiranya mahu keluar mengundi.


"Jika bergejala, pengundi perlu memaklumkan kepada petugas di tempat mengundi dan akan diasingkan serta dibenarkan mengundi dalam khemah khas disediakan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.


Dalam audio tular itu, seorang lelaki menjelaskan bahawa pesakit positif Covid-19 dibenarkan mengundi dan pihaknya meminta supaya nama dan kawasan rumah diberikan untuk memudahkan proses penghantaran ke pusat undi.


Dalam perkembangan berkaitan yang juga berkaitan video tular, Dr Aman menjelaskan video penerangan berhubung makluman berkaitan pesakit Covid-19 di kawasan perumahan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) adalah benar.


Video berdurasi 1 minit 12 saat itu memaparkan visual van milik JKNJ berada di kawasan PPR melakukan penerangan menggunakan pembesar suara.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)