Pengubahan wang haram RM 9.5 Juta : Perbicaraan kes peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ditangguhkan kerana tertuduh tidak sihat.


Pengubahan wang haram RM 9.5 Juta : Perbicaraan kes peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ditangguhkan kerana tertuduh tidak sihat. 


KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram dan membuat penyataan palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ditangguhkan ke esok kerana saksi ketujuh pendakwaan tidak sihat.


Pada prosiding di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin, Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz memberitahu Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin, bahawa pegawai cukai LHDN Syed Nasrul Fahmi Syed Mohamad memaklumkan keadaan kesihatannya pada 8 pagi tadi.


"Saksi masih dalam pemeriksaan balas. Saksi kami seterusnya ialah pegawai penyiasat. Justeru kami memohon perbicaraan hari ini ditangguhkan ke esok,” katanya.


Memandangkan tiada bantahan daripada peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Muhammad Shafee, mahkamah kemudiannya menangguhkan perbicaraan hari ini (Isnin) dan menetapkan esok untuk menyambung perbicaraan.


Pada 13 September 2018, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui dua cek dikeluarkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.


Peguam itu juga berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014. - Bernama


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)