Ramai bengang staf kurier campak parcel masuk lori


Ramai bengang staf kurier campak parcel masuk lori

“Sebab segelintir yang tak amanah dalam kerja, habis satu syarikat kena kecam dengan pengguna dan pelanggan, jaga la nama baik syarikat yang anda kerja, berkhidmat dengan baik, jangan memalukan,” pesannya

PETALING JAYA – Satu video di aplikasi TikTok tular memaparkan beberapa orang pekerja syarikat kurier mencampak barang pelanggan ke dalam sebuah lori.

Menerusi rakaman yang dimuat naik oleh @ameir_zainal, dapat dilihat barang-barang milik pelanggan dibaling dengan kasar malah ada yang terjatuh dan berkemungkinan akan berlaku kerosakan.

Sementara itu, perkongsian tersebut telah mengundang kemarahan orang ramai dan rata-ratanya tidak berpuas hati dengan tindakan pekerja terbabit.

Selain itu, mereka juga bimbang mengenai keadaan barangan yang dibeli atau dihantar menggunakan perkhidmatan syarikat kurier berkenaan terutamanya yang melibatkan jenis bahan yang mudah pecah.

“Habis hancur la biskut raya aku hantar pada pelanggan kalau dibalingnya bungkusan seperti itu,” kata Syed Abdul.

“Pelanggan beli guna duit, penjual hantar guna duit, janganlah buang duit orang lain dengan hasil kerja yang seperti itu, jangan baling barang pelanggan, kalau ada kaca, atau barang yang mudah pecah, siapa nak tanggung kerugian nanti,” ujar Azri Yunus.

Dalam pada itu, seorang lagi pengguna yang juga merupakan pekerja di syarikat kurier tersebut meluahkan kekecewaan apabila terdapat segelintir sikap pekerja yang tidak bertanggungjawab terhadap barang pelanggan.




“Sebab segelintir yang tak amanah dalam kerja, habis satu syarikat kena kecam dengan pengguna dan pelanggan, jaga la nama baik syarikat yang anda kerja, berkhidmat dengan baik, jangan memalukan,” pesannya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!