Sudah tiba masa amalan imbas MySejahtera dihentikan


Sudah tiba masa amalan imbas MySejahtera dihentikan

Katanya, fungsi pengesanan kontak rapat dalam aplikasi MySejahtera tidak lagi berguna seperti pada fasa awal pandemik Covid-19.


SHAH ALAM - Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menegaskan sudah tiba masanya amalan mengimbas MySejahtera setiap kali memasuki premis dihentikan apabila negara sedang mula beralih ke fasa endemik mulai 1 April.


Presiden MMA, Dr Koh Kar Chai berkata, penggunaan aplikasi MySejahtera membolehkan pengesanan kontak rapat ketika pandemik berada pada kemuncaknya tetapi kini mungkin telah melepasi kemampuan sebagai aplikasi pengesanan kontak rapat.


Katanya, fungsi pengesanan kontak rapat dalam aplikasi MySejahtera tidak lagi berguna seperti pada fasa awal pandemik Covid-19.


Menurutnya, ini disebabkan kes jangkitan yang tinggi dalam komuniti direkodkan pada masa ini.


“Dengan jumlah kes positif yang tinggi dalam kalangan dan sekeliling kita, pengesanan kontak tidak lagi boleh digunakan pada skala yang luas kerana ia tidak akan memberikan hasil yang diharapkan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.


Bagaimanapun tambahnya, aplikasi itu masih boleh boleh digunakan untuk tujuan lain yang lebih baik memandangkan ia diguna pakai oleh sebahagian besar populasi negara ini.


Menurutnya, ciri pengesanan kontak yang ada menerusi aplikasi ini masih boleh dikekalkan kerana semua pihak tidak mengetahui bila pandemik lain akan muncul.


Dr Koh berkata, aplikasi MySejahtera juga boleh digunakan sebagai rekod kesihatan peribadi kerana ia sudah sedia dihubungkan dengan identifikasi setiap individu serta tidak boleh dipindah alih.


Beliau berkata, perkara yang menjadi kebimbangan adalah keselamatan data berkenaan.


“Melihat kepada apa yang dikongsikan di media sosial berkenaan pemilikan aplikasi ini, adalah diharapkan supaya kerajaan terus bersikap proaktif dalam menjana kepercayaan rakyat terhadap aplikasi ini.


“Ia dengan harapan supaya akhirnya aplikasi itu akan digunakan dalam pengurusan rekod kesihatan ke arah sistem penjagaan kesihatan yang berkesan untuk negara,” tegasnya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)