Lelaki ditemukan mati tergantung di sebatang pokok

Lelaki ditemukan mati tergantung di sebatang pokok

“Keadaan mayat masih lengkap berpakaian dan tiada unsur jenayah ditemui di tempat kejadian,” katanya


MELAKA – Seorang lelaki warga tempatan ditemukan mati dalam keadaan tergantung di sebatang pokok di Pulau Melaka, di sini tengah hari tadi.

Kejadian menimpa mangsa berusia 27 tahun disedari seorang nelayan yang terlihat mangsa dalam keadaan terduduk sambil tali terjerut di bahagian leher dan tergantung pada sebatang pokok sebelum menghubungi Balai Polis Banda Hilir jam 12.09 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, susulan itu, sepasukan pegawai penyiasat termasuk dari Unit Forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak di tepi laut.

“Sebaik tiba di lokasi didapati mayat lelaki berusia 27 tahun berasal dari Kampung Jaya Gading, Kuantan, Pahang dalam keadaan terduduk dan tergantung dengan tali pada sebatang pokok.


“Keadaan mayat masih lengkap berpakaian dan tiada unsur jenayah ditemui di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)