Tahanan bolos dikhuatiri berbahaya, ancam keselamatan


Tahanan Etnik Rohingya Lolos Berbahaya, Penduduk diminta berhati-hati


“Sebab mereka lapar, kemungkinan mencuri untuk mendapatkan makanan dan sebagainya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bandar Baharu


BANDAR BAHARU - Tahanan etnik Rohingya yang masih bolos selepas melarikan diri dari Depot Imigresen Sementara Relau di sini, dikhuatiri berbahaya kerana boleh melakukan apa saja bagi menyelamatkan diri.


Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, orang awam diminta berhati-hati memandangkan tahanan bolos dikhuatiri akan bertindak di luar kawalan disebabkan sedang kelaparan.


“Takut mereka kelaparan memandangkan ada yang beragama Islam dan ada yang sedang puasa. Jadi, minta waspada kerana takut mereka bertindak di luar kawalan.


“Sebab mereka lapar, kemungkinan mencuri untuk mendapatkan makanan dan sebagainya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bandar Baharu, di sini, pada Rabu.


Wan Hassan berkata, pihaknya masih memburu 176 daripada 528 tahan yang melarikan diri selepas lolos keluar daripada depot tahanan itu.


“Kita percaya mereka masih berada dalam kawasan sekitar dan minta kerjasama orang awam untuk maklum sekiranya ternampak kumpulan ini dipercayai keluar dengan berkaki ayam sahaja,” katanya.


Dalam pada itu beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.


Bagaimanapun katanya, polis tidak menolak kemungkinan wujud perasaan tidak puas hati hingga mengakibatkan tercetusnya rusuhan terbabit.


“Elemen tidak puas hati ini adalah berdasarkan hasil siasatan awal, dan kita akan mencari punca sebenar kejadian dengan meneruskan siasatan lanjut,” katanya.


Menurutnya, siasatan mendapati terdapat seramai 23 anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang bertugas mengawal kawasan depot ketika rusuhan berlaku.


"Disebabkan kawasan agak sempit maka ia menjadi tidak terkawal hingga menyebabkan berlakunya rusuhan,” katanya.


Beliau berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan hanya sedikit kerosakan pada pagar dan pintu utama kawasan depot tersebut.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 147 KK.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)