Canang keburukan anak saudara, Lelaki maut dilibas dengan mesin rumput


Canang keburukan anak saudara, Lelaki maut dilibas dengan mesin rumput


"Katanya, siasatan awal mendapati, punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa yang didakwa memburukkan namanya kepada penduduk kampung."


LUMUT - Akibat perselisihan faham, seorang lelaki maut selepas cedera parah akibat dilibas dengan mesin pemotong rumput oleh anak saudaranya di sebuah rumah di Sitiawan di sini pada Selasa.


Dalam kejadian itu, mangsa berusia 51 tahun dikatakan tidak sedarkan diri ketika dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.


Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, laporan kejadian itu diterima pada jam 4 pagi.

Menurutnya, sebelum kejadian, mangsa dalam keadaan mabuk didapati sedang bergaduh dengan suspek lelaki berusia 34 tahun di hadapan rumah kerana perselisihan faham.


"Akibat pergaduhan itu, suspek didakwa mengambil mesin rumput lalu melibas ke arah kaki mangsa hingga lelaki itu mengalami kecederaan serius di bahagian kaki kiri.



"Mangsa yang tidak sedarkan diri telah dibawa untuk mendapatkan rawatan ke hospital dan disahkan meninggal dunia oleh doktor," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Katanya, siasatan awal mendapati, punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati terhadap mangsa yang didakwa memburukkan namanya kepada penduduk kampung.



"Berdasarkan semakan, suspek bekerja sebagai mekanik motosikal mempunyai tiga rekod lampau membabitkan kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah.



"Manakala mangsa yang tidak bekerja mempunyai sembilan rekod kesalahan lampau juga membabitkan jenayah dan penyalahgunaan dadah," katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)