VIDEO - Bomba dimaki kerana kejutkan pemandu tertidur


Bomba dimaki kerana kejutkan pemandu tertidur. Nasib baik tak kena langgar dengan treler. Bersyukurlah ada yang tolong kejut.

"Suraya Marhom pula percaya lelaki tersebut dalam keadaan mabuk dan perbuatan memandu ketika mabuk boleh membawa bencana kepada pemandu lain"


PETALING JAYA – Satu rakaman video seorang pemandu didakwa menghamburkan kata-kata kesat terhadap anggota bomba yang mengejutkannya dari tidur dalam kereta tular di media sosial hari ini.

Berdasarkan rakaman video berdurasi 1.28 minit itu, lelaki berkenaan dipercayai tertidur di dalam keretanya di sebuah persimpangan lampu isyarat menyebabkan orang ramai menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan bantuan.

Bagaimanapun, selepas pintu kereta berjaya dibuka, pemandu kereta bertindak mengeluarkan kata-kata lucah terhadap anggota bomba yang mengejutkannya daripada tidur.

Rata-rata netizen mengecam perbuatan lelaki tersebut berikutan kelakuan biadapnya terhadap pihak bomba yang membantunya.

Pemilik akaun Facebook Utara Selatan berkata, pihak berkuasa wajar mengambil tindakan terhadap lelaki tersebut sebagai pengajaran.

“Harap pihak berkuasa ambil dan bawa beliau tidur di hotel Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk semalam dua,” katanya.

Anuar Omar pula berkata, pemandu itu patut diserahkan kepada pihak polis kerana membahayakan lalu lintas dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap penjawat awam bertugas.





Suraya Marhom pula percaya lelaki tersebut dalam keadaan mabuk dan perbuatan memandu ketika mabuk boleh membawa bencana kepada pemandu lain.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)