Covid-19: Kanak-kanak, remaja diberi suntikan dos ketiga


Covid-19: Kanak-kanak, remaja diberi suntikan dos ketiga

"Kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun dalam kategori 'immunocompromised' akan diberikan suntikan ketiga dos vaksin Covid-19."

PUTRAJAYA - Kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun dalam kategori 'immunocompromised' akan diberikan suntikan ketiga dos vaksin Covid-19.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, turut menerima dos ketiga adalah golongan berusia 12 hingga 17 tahun dalam kategori sama.

"Suntikan dos ketiga bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun adalah lapan minggu selepas menerima dos kedua manakala golongan remaja pula selepas 28 hari," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, kajian dari luar negara menunjukkan tahap keberkesanan vaksin terhadap kemasukan ke wad dalam kalangan remaja setelah lima hingga 10 bulan menerima dos yang kedua, menurun sebanyak 42 peratus hingga 73 peratus.

"Susulan itu, Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) bagi Vaksin Covid-19 telah membincangkan perkara ini dan mencadangkan agar dos ketiga vaksin Covid-19 untuk melengkapkan vaksinasi primer tiga dos diberikan kepada golongan tersebut," katanya.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)