Ditemui selepas tiga hari mati bersendirian di rumah

 


Ditemui selepas tiga hari mati bersendirian di rumah

“Alangkah terkejutnya kami apabila ternampak mayat arwah dalam keadaan terbaring menerusi tingkap rumahnya yang terbuka,” katanya


DUNGUN – Seorang pengusaha kedai makan tidak menyangka bau busuk dari rumah bersebelahan sejak tiga hari lalu berpunca daripada jirannya yang meninggal dunia di Kampung Lubuk Panjang, Bukit Besi di sini.


Mohd. Rozlan Deraman, 55, yang memberanikan diri menjenguk rumah tersebut telah menjumpai mayat jirannya, Anuar Yusof, 52, yang juga merupakan operator pengeluaran di sebuah kilang kayu di Bukit Besi di sini pada pada pukul 8.30 pagi tadi.


“Pelanggan kedai makan saya mengadu menghidu bau busuk dari arah rumah arwah sejak dua hari lalu. Pagi tadi (semalam), saya dengan ditemani salah seorang pelanggan, Mohd. Redzuan Mohd Zain, 44, telah ke rumahnya untuk menyiasat puncanya.


“Alangkah terkejutnya kami apabila ternampak mayat arwah dalam keadaan terbaring menerusi tingkap rumahnya yang terbuka,” katanya


Mohd. Rozlan berkata, kali terakhir dia bertemu dengan arwah Anuar yang masih bujang di dalam rumah kayu terbabit pada pagi Jumaat lalu.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah yang dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu mayat terbabit telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk dibedah siasat.


“Setakat ini, kematian lelaki itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)