Masjid terbakar ketika imam baca doa


Masjid terbakar ketika imam baca doa

“Kebakaran itu terus merebak ke bahagian bilik mesyuarat, bilik tamu dan bilik rehat imam. Jemaah yang ada di masjid terus menghubungi talian kecemasan.

BACHOK – Imam dan jemaah di Masjid Mahmudi, Jalan Pantai Irama di sini bertempiaran lari apabila sebuah bilik bilal masjid berkenaan terbakar selepas solat isyak malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.10 malam semasa imam sedang membaca doa kedua selepas menunaikan solat di masjid berkenaan.

Imam Tua Masjid Mahmudi, Mohd. Rosman Che Harun, 46, kejadian disedari imam muda masjid berkenaan, Mohd.Faiz Zainuddin yang membaca doa selepas solat isyak sebelum pembesar suara tiba-tiba tidak berfungsi.

Menurutnya, keadaan itu menimbulkan tanda tanya kepada semua jemaah sebelum berlaku satu letupan dan kepulan asap keluar dari sebuah bilik bilal di bahagian belakang masjid itu.

“Kebakaran itu terus merebak ke bahagian bilik mesyuarat, bilik tamu dan bilik rehat imam. Jemaah yang ada di masjid terus menghubungi talian kecemasan.

“Kami bersyukur apabila bomba tiba dengan kadar segera sekali gus dapat mengelakkan kebakaran daripada merebak ke seluruh kawasan masjid,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Masjid Mahmudi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Bachok, Yus Heary Mahmud berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.11 malam sebelum tujuh anggota bomba bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke bahagian lain di masjid yang dianggarkan bernilai kira-kira lebih sejuta.

Tambahnya, kebakaran itu menyebabkan 70 peratus bilik bilal hangus dan operasi tamat kira-kira dua jam kemudian.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)