Budak 9 tahun hilang tiga hari ditemui mati lemas


Budak 9 tahun hilang tiga hari ditemui mati lemas

"Mayat kanak-kanak itu ditemui pada pukul 11.30 pagi oleh orang awam. Ibu mangsa yang berusia 40 tahun memaklumkan anak lelakinya itu tidak pulang ke rumah sejak kelmarin."

JOHOR BAHRU – Kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia 9 tahun sejak kelmarin terjawab apabila mangsa ditemui mati lemas di Sungai Plentong, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd. Sohaimi Ishak berkata, mayat kanak-kanak itu ditemui pada pukul 11.30 pagi oleh orang awam.

Menurut beliau, semalam, pihaknya menerima laporan polis oleh ibu mangsa yang berusia 40 tahun memaklumkan anak lelakinya itu tidak pulang ke rumah sejak kelmarin.

“Ibu mangsa membuat laporan polis pada pukul 6.49 petang semalam memaklumkan anaknya tidak pulang ke rumah setelah keluar sejak pukul 3 petang, 29 Julai.

“Namun, pada pukul 11.30 pagi hari ini, Balai Polis Plentong menerima makluman awam bahawa terdapat satu mayat ditemukan lemas di kawasan Sungai Plentong,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, setakat ini pihaknya mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut manakala mayat telah dibawa ke Jabatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat.



Baca juga : Cara Buat Duit Dengan Shopee Affiliate, Jimat Tanpa Modal


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)