Pasangan pelawak hina Islam mohon dana awam bayar ikat jamin RM40,000‼️

Pasangan pelawak hina Islam mohon dana awam bayar ikat jamin RM40,000‼️

"Setakat ini mereka hanya berjaya mengumpulkan RM3,000 yang dikumpulan hasil sumbangan peguam, NGO dan orang awam."

Peguam R Sivaraj berkata Siti Nuramira Abdullah dan Alexander Navin Vijayachandran terpaksa menggunakan kaedah itu susulan kekangan kewangan bagi membayar jumlah yang agak tinggi.

Setakat ini mereka hanya berjaya mengumpulkan RM3,000 yang dikumpulan hasil sumbangan peguam, NGO dan orang awam.

Teman lelaki kepada Siti Nuramira Abdullah, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas dua pertuduhan membuat dan memulakan hantaran video jelik di laman sosial Instagram serta YouTube, bulan lepas.

V. Alexander Navin, 38, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Instagram menggunakan nama profil Twitter ‘greenleafyconnoiseur’ dan YouTube dengan nama profil ‘Alex & Amy @ insta Greenleafyconnoiseur’, pada 5 Jun dan 16 Jun lalu.

Kedua-dua hantaran itu dibaca di sebuah kondominium di Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana di sini, pukul 10.30 pagi pada 9 Julai lalu.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris tidak menawarkan jaminan, namun sekiranya mahkamah membenarkan jaminan beliau memohon RM40,000 bagi setiap pertuduhan.

“Memandangkan kes ini viral dan bagi mengelak tertuduh melarikan diri serta ia mendatangkan kegusaran kepada orang awam, saya memohon syarat tambahan iaitu tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap bulan sehingga kes selesai.

“Selain itu pasport diserahkan kepada mahkamah dan dilarang memuat naik sebarang hantaran berkenaan perjalanan kes di mana-mana media sosial sehingga kes selesai,” katanya.

Namun, peguam, R. Sivaraj yang mewakili Alexander Navin memohon jaminan RM1,500 bagi setiap pertuduhan memandangkan anak guamnya yang bekerja sebagai penulis bebas tidak memperoleh pendapatan tetap.

Menurut peguam itu, sebelum ini anak guamnya bekerja sebagai pengajar selam bebas, namun akibat pandemik Covid-19 pendapatannya terjejas akibat kejatuhan industri pelancongan ketika itu.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak hakim Azrul membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 1 September ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Kredit: MalaysiaKini





Baca juga : Cara Buat Duit Dengan Shopee Affiliate, Jimat Tanpa Modal


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)