Suami isteri jual biskut kanabis di media sosial


Suami isteri jual biskut kanabis di media sosial

“Pasangan itu dipercayai menjadikan kondominium tersebut sebagai tempat untuk membungkus semula kanabis dan menjual biskut kanabis itu sejak setahun yang lalu melalui aplikasi Telegram. Dipercayai pelanggan yang memakan biskut Kanabis ini boleh khayal dalam tempoh dua jam selepas pengambilan,” katanya.


SEREMBAN: Pasangan suami isteri ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas dikesan menjual biskut dicampur dengan dadah kanabis melalui media sosial dianggarkan bernilai RM18,750.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Zazuli Johan berkata, kegiatan suami isteri berusia 26 dan 29 tahun itu dikesan pada 22 Jun lalu selepas ditahan di hadapan premis syarikat kurier di Subang Jaya, Selangor ketika menuntut bungkusan mengandungi bahan disyaki dadah jenis kanabis.

“Hasil soal siasat membawa kepada serbuan di sebuah kondominium di Puchong, Selangor dan menemukan bahan disyaki dadah kanabis seberat 7.5 kilogram (kg). Turut disita balang-balang mengandungi biskut yang diadun dengan campuran kanabis,” katanya pada sidang akhbar di Cawangan Narkotik Ibu pejabat JKDM di Kampung Jijan, Nilai di sini hari.

Zazuli berkata, bekalan dadah kanabis itu dipercayai diperoleh dari negara Eropah dan kegiatan menjual biskut mengandungi bahan terlarang di media sosial pertama kali dikesan pihaknya.

“Pasangan itu dipercayai menjadikan kondominium tersebut sebagai tempat untuk membungkus semula kanabis dan menjual biskut kanabis itu sejak setahun yang lalu melalui aplikasi Telegram. Dipercayai pelanggan yang memakan biskut Kanabis ini boleh khayal dalam tempoh dua jam selepas pengambilan,” katanya.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)