Tiba-Tiba Kena Sawan, Tak Sangka Isteri Meninggal Dunia Walaupun Sihat Hamil 8 Bulan

Tiba-Tiba Kena Sawan, Tak Sangka Isteri Meninggal Dunia Walaupun Sihat Hamil 8 Bulan

"Nur Atiqah ada mengadu pening kepala selepas mengambil wuduk untuk solat Subuh, sebelum terkena sawan pagi tersebut." kata suami

Tatkala teruja menantikan kelahiran cahaya mata perempuan, seorang bapa dari Kuala Krai, Kelantan ini bagaimanapun tidak menjangka yang takdir menentukan sebaliknya. Nur Ulya Hanania telah dijemput Ilahi pada sebelah pagi, sebelum disusuli isterinya, Nur Atiqah Mustafa pada sebelah malam pula 12 Julai lalu.
Matanya tertutup tapi saya nampak air mata isteri mengalir…tak lama lepas itu, dia hembuskan nafas terakhir
Sempat berada di sisi sehingga isterinya menghembuskan nafas terakhir, saudara Dzul Hisham akui awalnya ralat menerima dugaan tersebut. 
Namun begitu, dia reda kerana melihat pemergiannya begitu cantik selain berdoa pemergian mereka jadi asbab untuk tariknya ke syurga.


Isteri tiada masalah kesihatan atau simptom sepanjang hamil…tapi sempat mengadu pening kepala sebelum kena sawan

Mengulas lanjut, Dzul dedahkan pasangannya tidak menghidap sebarang simptom atau masalah kesihatan sepanjang 8 bulan hamilkan anak kedua mereka. 

Bagaimanapun Nur Atiqah ada mengadu pening kepala selepas mengambil wuduk untuk solat Subuh, sebelum terkena sawan pagi tersebut.

Pernah rancang mahu 6 orang anak…namun hasrat itu tidak kesampaian bila Allah lebih menyayangi isterinya
Terdahulu, Dzul Hisham dan isterinya bernikah pada 27 April 2019. 

Walaupun mereka pernah merancang untuk memiliki seramai 6 orang cahaya mata, namun dia reda hasrat itu tidak kesampaian apabila Allah lebih menyayangi Allahyarhamah Nur Atiqah. 

Kini Dzul hanya ada anak sulung, Muhammad Umar Dayyan (2 tahun) yang akan menemaninya untuk harungi hari-hari mendatang.




Baca juga : Cara Buat Duit Dengan Shopee Affiliate, Jimat Tanpa Modal


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)