400 mati akibat rokok setiap minggu - KJ
"Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pengambilan tembakau adalah faktor utama pencetus kanser iaitu penyakit utama yang menyebabkan kematian di hospital."
Kuala Lumpur: Sebanyak 400 kematian akibat rokok direkodkan setiap minggu di negara ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pengambilan tembakau adalah faktor utama pencetus kanser iaitu penyakit utama yang menyebabkan kematian di hospital.
Katanya, produk tembakau juga menyebabkan ketagihan nikotin iaitu salah satu kandungan dalam rokok.
"Sebab itu sukar perokok untuk berhenti, sekali gus menjadikan ramai yang merokok sepanjang hayat dan menghadapi pelbagai jenis penyakit," katanya menerusi hantaran di Tiktok.
Beliau berkata, rokok boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik kepada perokok tetapi ia bukan hanya membahayakan diri perokok saja bahkan orang sekeliling.
"Ingat tiada kuantiti atau jumlah tembakau yang selamat untuk kita. Ia sangat membahayakan.
"Jauhi rokok. Mainkan peranan anda dalam melahirkan generasi bebas rokok," katanya sambil meminta orang ramai menyokong Generational End Game (GEG).