VIDEO - Polis kenal pasti pemandu pikap tular langgar lari


Polis kenal pasti pemandu pikap tular langgar lari

"Pelanggaran itu menyebabkan kereta tersebut terbabas dan masuk ke dalam longkang di kiri jalan."

IPOH – Polis telah mengenal pasti identiti pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang melarikan diri selepas melanggar sebuah kereta di Kilometer 17, Jalan Keramat Pulai di sini kelmarin.

Rakaman video berdurasi 27 saat yang tular di laman sosial itu memaparkan trap pikap berkenaan masuk ke laluan bertentangan dan merempuh kereta jenis Perodua Axia.

Pelanggaran itu menyebabkan kereta tersebut terbabas dan masuk ke dalam longkang di kiri jalan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki berusia 51 tahun beralamat di Temerloh, Pahang itu telah pun dikenal pasti dan dinasihatkan segera membuat laporan polis.

Katanya, lelaki yang dikatakan mempunyai penyakit jantung itu mendakwa dalam keadaan trauma dan akan membuat laporan polis selepas keadaan kesihatannya stabil.

“Setakat ini, polis hanya menerima laporan berkaitan kemalangan yang dibuat pemandu Perodua Viva. Kita nasihatkan pemandu trak pikap itu agar tampil untuk membuat laporan.




“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu tidak cermat sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Baca juga : Cara Buat Duit Dengan Shopee Affiliate, Jimat Tanpa Modal


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)