"YouTuber" Kongsi Kandungan Media Sosial Tarik Tudung Wanita Didakwa


"YouTuber" Kongsi Kandungan Media Sosial Tarik Tudung Wanita Didakwa

Superintendan  Ashari menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang rakaman dan penyebaran video yang mengandungi isi kandungan yang boleh mendatangkan kegusaran masyarakat serta menyentuh sensitiviti di masa akan datang.

PETALING JAYA : Seorang YouTuber yang mencetuskan kontroversi selepas berkongsi kandungan media sosial dengan menarik tudung wanita Islam didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superintendan Ashari Abu Samah dalam kenyataan berkata, lelaki berusia 24 tahun itu sebelum ini ditahan pada 7.30 malam kelmarin, susulan laporan diterima pihaknya.

Katanya, laporan berkait klip video daripada YouTube yang tular, menunjukkan tudung dua wanita Islam ditarik, hingga menimbulkan rasa kurang senang warganet.

“Kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan/ Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336).

Namun suspek dituduh mengikut Seksyen 14 Akta 336 di Mahkamah Majistret semalam dan dihukum denda.

Superintendan  Ashari menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang rakaman dan penyebaran video yang mengandungi isi kandungan yang boleh mendatangkan kegusaran masyarakat serta menyentuh sensitiviti di masa akan datang.




Baca juga : Cara Buat Duit Dengan Shopee Affiliate, Jimat Tanpa Modal


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)