Gelandangan parah digigit anjing



Seorang gelandangan mabuk cedera parah di bahagian kaki digigit anjing liar

"Menurutnya, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dipercayai dalam keadaan mabuk serta terdapat kesan gigitan anjing di bahagian kaki."


TAMPIN – Seorang gelandangan cedera parah di bahagian kaki digigit anjing liar dalam kejadian di Pekan Gemas, malam kelmarin.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, pihaknya menerima aduan daripada kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyatakan terdapat seorang lelaki yang digigit anjing.

Menurutnya, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa dipercayai dalam keadaan mabuk serta terdapat kesan gigitan anjing di bahagian kaki.

“Anggota kemudian memberikan rawatan awal kepada mangsa dan menghantar mangsa ke Klinik Kesihatan Gemas bagi rawatan lanjut,” katanya hari ini.


Difahamkan, sejak lebih tiga hari lalu, banyak orang awam dikejar serta nyaris digigit seekor anjing liar yang dipercayai baharu sahaja melahirkan anak.

Rata-ratanya memohon tindakan segera pihak bertanggungjawab bagi mengelak kejadian buruk berlaku.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)