Lelaki wargaemas maut gantung diri selepas bunuh adik


Lelaki wargaemas maut gantung diri selepas bunuh adik.

"Seorang lelaki warga emas maut dengan beberapa kesan tikaman disyaki dilakukan oleh abangnya yang kemudian dipercayai membunuh diri di sebuah rumah"

IPOH – Seorang lelaki warga emas maut dengan beberapa kesan tikaman disyaki dilakukan oleh abangnya yang kemudian dipercayai membunuh diri di sebuah rumah di Jalan Mohamad Naseh, Housing Trust, di sini sebentar tadi.

Kejadian sekitar 10.30 pagi itu dikatakan berpunca daripada pertengkaran antara mangsa dan abangnya yang bekerja sebagai pemandu teksi.

Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pasukan yang tiba di lokasi kejadian menjumpai seorang lelaki berlumuran darah di bahagian dapur akibat ditikam senjata tajam.

Katanya, seorang lagi lelaki berada di luar kediaman tersebut dalam keadaan leher tergantung manakala  seorang wanita yang juga isteri mangsa berada di dalam rumah ketika kejadian.

Wanita berusia 50-an itu cedera di jari dipercayai ketika cuba meleraikan pertengkaran dua beradik itu.

“Berdasarkan siasatan awal, dua beradik itu memang kerap bertengkar di mana siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca pergaduhan yang membawa kepada kematian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan di lokasi kejadian menjumpai sebilah golok yang disyaki digunakan sebagai senjata di sisi mayat pemandu teksi berusia 70 tahun. 

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)