Mahkamah tolak permohonan Najib singkir Ketua Hakim Negara

Mahkamah tolak permohonan Najib singkir Ketua Hakim Negara

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan di sini pada Selasa menolak permohonan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyingkirkan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat daripada prosiding rayuan akhir kes penyelewengan dana Syarikat SRC International yang dikenakan terhadapnya.

Ketika membaca keputusan penghakimannya, Tengku Maimun berkata, permohonan yang dibuat oleh Najib tidak bermerit.


Selain itu katanya, mahkamah mendapati permohonan itu gagal menunjukkan wujudnya bahaya yang nyata bahawa ia akan menyebabkan isu berat sebelah.

“Saya tidak nampak sebarang bahaya berat sebelah yang mencukupi untuk saya menarik diri,” katanya.


Tengku Maimun kemudiannya, mengarahkan mahkamah meneruskan prosiding untuk rayuan akhir Najib.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)