Pejalan kaki maut dilanggar kereta

Pejalan kaki maut dilanggar kereta

"Akibat daripada pelanggaran tersebut, mangsa mengalami cedera parah di kepala dan maut di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan."

KUALA LUMPUR - Seorang pejalan kaki maut selepas dilanggar sebuah kereta di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, dalam kejadian jam 7.55 pagi, seorang lelaki berusia 22 tahun memandu kereta Perodua Bezza hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar seorang lelaki yang sedang berjalan kaki.

"Akibat daripada pelanggaran tersebut, mangsa mengalami cedera parah di kepala dan maut di lokasi kejadian, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Ahad.



Noor Dellhan berkata, kes itu disiasat oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur.


"Orang ramai yang mempunyai maklumat, diminta menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun HS Lee di talian 03-20719999 atau hotline Trafik Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69," katanya.



Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)