5 beranak tinggal sehelai sepinggang, kediaman mereka terbakar


5 beranak tinggal sehelai sepinggang, kediaman mereka terbakar

"Mangsa, Shazrol Shafiruddin Sulaiman, 32, berkata, ketika kejadian hanya isteri, Norazrina Mohamad, 30, dan anak bongsu, Nur Shasya Erliya berusia enam bulan berada di rumah, manakala dia keluar membeli makanan untuk isteri."

Kuala Terengganu: Lima beranak tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka terbakar di Kampung Panji Alam, di sini, 9.11 malam tadi.

Mangsa, Shazrol Shafiruddin Sulaiman, 32, berkata, ketika kejadian hanya isteri, Norazrina Mohamad, 30, dan anak bongsu, Nur Shasya Erliya berusia enam bulan berada di rumah, manakala dia keluar membeli makanan untuk isteri.

Katanya, dua lagi anaknya, Nur Shasya Ellysya, 6, dan Nur Shasya Eryna, 4, di rumah neneknya yang tinggal berjiran.

"Sebaik sahaja beberapa minit beredar dari perkarangan rumah, saya dihubungi saudara mara memberitahu rumah terbakar dan bergegas pulang.

"Sebaik tiba, saya terkedu melihat api sedang marak membakar rumah dan bersyukur kerana isteri dan anak bongsu sempat menyelamatkan diri," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Dia berkata, akibat kejadian itu dia kerugian hampir RM100,000 apabila semua barangan di rumah terbakar, termasuk tiga motosikal iaitu Yamaha Lagenda, Honda EX5 Serra dan Honda NX.

Menurutnya, dia tidak pasti punca kebakaran kerana keluar rumah, bagaimanapun isterinya memberitahu ada melihat api dari bawah rumah di ruang tamu.

Abang mangsa, Shahrir Sharafuddin, 34, berkata, dia yang tinggal berjiran dengan rumah adiknya berusaha memadamkan api tetapi gagal.

"Ketika itu api sudah membakar bahagian dinding, tetapi tekanan air paip rendah tidak cukup untuk memadamkan api yang marak," katanya yang menyedari kejadian itu selepas terdengar jeritan meminta tolong adik iparnya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata, sebaik menerima panggilan kebakaran, pihaknya segera menggerakkan seramai 20 anggota bersama empat jentera untuk memadam kebakaran.

Katanya, api berjaya dikawal sepenuhnya kira-kira 20 minit kemudian sebelum operasi dihentikan 9.32 malam.

Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)