Pemandu pengsan selepas terkejut jumpa mayat dalam kontena
"Difahamkan, mayat lelaki itu dipercayai sudah lebih seminggu memandangkan keadaanya sudah kembung serta berair"
BUTTERWORTH – Seorang lelaki dilaporkan pengsan selepas terkejut melihat mayat dalam lori kontena dipandunya di Pangkalan Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini hari ini.
Kejadian dilaporkan berlaku pukul 4.15 petang dan pemandu berusia 40 an itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas diberikan rawatan awal oleh pihak ambulans NBCT.
Difahamkan, pemandu tersebut hanya menyedari kewujudan mayat itu ketika dia melalui pos pemeriksaan kastam NBCT.
Difahamkan, mayat lelaki itu dipercayai sudah lebih seminggu memandangkan keadaanya sudah kembung serta berair.
Sementara itu, tinjauan MalaysiaGazette mendapati polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian ketika ini.