VIDEO - Rusuhan bola sepak: Polis sahkan 127 terkorban



Rusuhan bola sepak: Polis sahkan 127 terkorban

"Seramai 127 orang terkorban dan 180 lagi cedera selepas penonton merempuh masuk ke dalam padang ketika kekecohan penyokong yang berlaku dalam perlawanan liga bola sepak"


Jakarta: Ketua polis Indonesia di wilayah Jawa Timur berkata seramai 127 orang terkorban dan 180 lagi cedera selepas penonton merempuh masuk ke dalam padang ketika kekecohan penyokong yang berlaku dalam perlawanan liga bola sepak negara berkenaan.


Penyokong kelab Arema yang tumpas dalam perlawanan berkenaan masuk ke dalam padang dan pihak berkuasa terpaksa melepaskan gas pemedih mata sekali gus mengakibatkan lebih ramai penonton merempuh masuk dan berlakunya kes sesak nafas, kata Nico Afinta kepada wartawan.


Sementara itu, Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) sedang menyiasat rusuhan yang berlaku selepas perlawanan di daerah Malang malam tadi, apabila media melaporkan adanya kematian dan kecederaan penyokong semasa kejadian itu.


PSSI dalam kenyataannya berkata juga menangguhkan saingan liga berkenaan selama seminggu.





Kekecohan itu berlaku selepas perlawanan antara dua pasukan Jawa Timur, Arema FC dan Persebaya Surabaya.



Penyokong Arema dan Persebaya bertempur selepas Arema tewas 3-2 dalam perlawanan di Malang, Jawa Timur.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)