Cedera ditetak sekumpulan lelaki
"Pemborong sayur cedera di kedua-dua tangan selepas ditetak dengan senjata tajam oleh sekumpulan lelaki di pasar awam"
Parit Buntar: Pemborong sayur cedera di kedua-dua tangan selepas ditetak dengan senjata tajam oleh sekumpulan lelaki di pasar awam bandar ini, hari ini.
Mangsa berusia lingkungan 50-an dikatakan baru tiba di pasar itu pada 3.15 petang apabila kumpulan yang menaiki Proton Waja menghampirinya dan berlaku pergelutan.
Difahamkan mangsa cedera pada jari kiri dan pergelangan tangan kanan akibat ditetak, manakala beberapa lelaki berjaya ditahan polis yang berada di lokasi ketika kejadian.
Mangsa menerima rawatan di Hospital Parit Buntar.