ASRAMA DI JALAN KLUANG TERBAKAR


ASRAMA DI JALAN KLUANG TERBAKAR

"Bilik asrama yang terbakar tersebut menempatkan 8 orang pekerja, namun kesemua pekerja tiada di dalam asrama kerana keluar bekerja di kilang berhampiran. Kebakaran telah disedari oleh pengawal keselamatan asrama berkenaan dan bertindak memaklumkan kepada pasukan ERT kilang berhampiran dan pihak Bomba. "

PENGGARAM, 21.12.2022: Sebuah asrama yang berada di Jalan Kluang, hadapan Sekolah Vokasional telah terbakar di bahagian bilik petang tadi. Pusat Gerakan Operasi (PGO), JBPM Negeri Johor telah terima panggilan kecemasan tentang kebakaran tersebut melalui talian MERS 999 pada jam 4.14 petang. 


Pasukan Bomba bersama 2 buah jentera pemadaman serta 1 unit EMRS dan 2 unit RIM daripada BBP Penggaram telah ke lokasi kejadian. Menurut Komander Operasi PBK II KUP Kassim Hassan, kebakaran tersebut melibatkan sebuah asrama yang berkeluasan 100x50 kaki telah terbakar di bahagian bilik dengan kemusnahan sebanyak 40%. 

Bilik asrama yang terbakar tersebut menempatkan 8 orang pekerja, namun kesemua pekerja tiada di dalam asrama kerana keluar bekerja di kilang berhampiran. Kebakaran telah disedari oleh pengawal keselamatan asrama berkenaan dan bertindak memaklumkan kepada pasukan ERT kilang berhampiran dan pihak Bomba. 


Anggota Bomba yang tiba di lokasi bertindak membuat operasi pemadaman dengan dibantu oleh pasukan ERT kilang sehingga api dapat dipadamkan sepenuhnya. Kebakaran tersebut juga tidak melibatkan sebarang kecederaan dan mangsa. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)