Bertengkar sebelum pemandu e-hailing dibunuh

Bertengkar sebelum pemandu e-hailing dibunuh

"Tidak berpuas hati akibat pertengkaran di sebuah pusat hiburan dipercayai punca pembunuhan seorang pemandu e-hailing yang dikaitkan dengan penahanan lapan pegawai dan anggota polis"

Kuala Lumpur: Tidak berpuas hati akibat pertengkaran di sebuah pusat hiburan dipercayai punca pembunuhan seorang pemandu e-hailing yang dikaitkan dengan penahanan lapan pegawai dan anggota polis di Tawau, Sabah, kelmarin.

Sumber berkata, salah seorang suspek wanita sebelum itu terbabit dalam pertengkaran bersama mangsa, lelaki bergelar Datuk dan beberapa individu lain di sebuah pub pada awal Januari lalu.

"Punca pertengkaran dipercayai akibat mangsa tidak berpuas hati dengan pegawai kanan itu menjalin hubungan dengan wanita berkenaan yang masih isterinya ketika itu.

"Mangsa dipercayai ditikam di kawasan ladang sawit sebelum mayatnya ditinggalkan pada 13 Januari lalu.

"Suspek wanita itu mengaku membuat perancangan bersama beberapa individu lain untuk membunuh mangsa," katanya.

Sebelum ini, empat anggota dan empat pegawai kanan polis direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah dipetik berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan pasukan siasatan khas dari Bukit Aman bagi menjalankan siasatan kes terbabit.

Menurutnya, pihaknya menyifatkan terlalu awal untuk sebarang kenyataan kerana dibimbangi boleh mengganggu siasatan.


"Kes ini lebih bersifat peribadi. Setakat ini, kes masih di peringkat siasatan dan sidang media lanjut akan dibuat selepas siasatan dilengkapkan," katanya.

Terdahulu, pada 16 Januari lalu, mayat seorang lelaki berusia 61 tahun ditemui dalam kawasan semak di Tawau, dipercayai mangsa bunuh.

Turut ditemui bersebelahan dengan mayat mangsa, kereta Perodua Myvi putih.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)