Wargaemas meninggal dunia ketika mendengar kuliah duha


Wargaemas meninggal dunia ketika mendengar kuliah duha

“Pagi tadi (semalam) selepas solat subuh di Masjid Sungai Limau, ayah pulang sebelum keluar semula bagi menziarahi kematian. Selepas itu dia ke surau untuk ikuti kuliah duha dan tidak lama kemudian, kami dapat be­rita dia sudah tiada,” katanya.

YAN – Seorang warga emas ­mengakhiri riwayat hidupnya dalam keadaan cukup indah apabila menemui ajal ketika me­nuntut ilmu dalam kuliah duha di Surau Ma’had As-Syati­rie, Kampung Sungai Dedap di sini semalam.

Mahamad Md. Din, 74, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10 pagi ketika membaca surah al-Fatihah sebaik tausiah bertajuk Darjat seseorang di sisi Allah yang disampaikan Tuan Guru, Ustaz Zulkiflie Mohd. Sohaimi selesai.

Pembantu Mudir Pusat pe­ngajian Islam, Maahad Tahfiz As-Syatirie, Muhammad Faiz Badruddin berkata, arwah dari Kampung Sungai Limau Dalam di sini sering hadir ke majlis ilmu di surau itu.

“Pak Anjang (panggilan arwah) sangat menepati masa tetapi pagi tadi (semalam) dia terlewat kerana menziarahi kematian di kampungnya.

“Selepas bersalaman dengan tuan guru, dia kemudian duduk dan mendengar kuliah sehingga selesai. Tuan guru kemudian meminta jemaah membaca surah al-Fatihah untuk dihadiahkan pahalanya kepada jemaah yang telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Muhammad Faiz, belum sempat surah itu selesai dibaca, arwah telah rebah dengan kakinya melunjur ke arah kiblat dan tuan guru sempat mengajar kalimah Allah sebelum dia disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, anak arwah yang hanya mahu dikenali sebagai Zara, 44, berkata, mereka sa­ngat terkejut dengan kejadian itu kerana bapanya tidak mempu­nyai penyakit.

“Pagi tadi (semalam) selepas solat subuh di Masjid Sungai Limau, ayah pulang sebelum keluar semula bagi menziarahi kematian. Selepas itu dia ke surau untuk ikuti kuliah duha dan tidak lama kemudian, kami dapat be­rita dia sudah tiada,” katanya.

Ujar Zara, arwah bapanya merupakan bekas askar wataniah dan banyak meluangkan masa mendengar bacaan al-Quran.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Sungai Limau sebelum solat asar semalam.

Arwah meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)