PDRM benci rasuah, tidak akan melindungi anggota yang terlibat dengan jenayah

PDRM benci rasuah, tidak akan melindungi anggota yang terlibat dengan jenayah

SERDANG – Pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan melindungi atau cuba menyembunyikan anggotanya yang didapati terlibat dengan sebarang bentuk kesalahan jenayah.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, PDRM juga tidak akan sama sekali berkompromi terhadap pihak yang didapati bersalah.


"Warga PDRM diingatkan supaya sentiasa menjaga tingkah laku walau di mana berada serta apa jua keadaan sekali pun.

"Dalam perkembangan serta kepesatan media sosial pada masa kini, kita juga sering menjadi perhatian masyarakat yang mana setiap salah laku akan dilaporkan di media sosial,” katanya dalam ucapan perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada Rabu.

Turut hadir, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi dan Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan.

Razarudin berkata, seluruh masyarakat diminta menjadi rakan kolaborasi PDRM

"Masyarakat boleh menyalurkan maklumat untuk membantu membanteras jenayah seiring dengan tema ‘Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada’.

"Saya amat berbangga dengan pencapaian yang telah ditunjukkan oleh IPD Serdang dalam membanteras kegiatan jenayah, judi, maksiat serta aktiviti pengedaran dadah," katanya.


Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)