12 hari hilang, warga emas ditemui meninggal dunia

12 hari hilang, warga emas ditemui meninggal dunia

SERIAN: Lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di Kampung Taee, di sini pada 9 Mac lalu ditemui meninggal dunia di bawah bukit dalam kawasan ladang kelapa sawit, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, berkata, mayat mangsa berusia 73 tahun itu dijumpai oleh pekerja ladang kelapa sawit pada jarak empat kilometer dari rumah mangsa selepas 12 hari hilang di dalam hutan.


Katanya susulan laporan yang diterima mengenai penemuan mayat itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serian segera dikerahkan ke lokasi.

“Komander operasi memaklumkan benar ada mayat berada di bawah bukit dalam kawasan ladang kelapa sawit.


“Mayat itu adalah mangsa yang dilaporkan hilang pada 9 Mac lepas setelah pengecaman dibuat melalui pakaian mangsa oleh anak mangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Beliau berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Serian bagi tindakan lanjut.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)