Wanita maut dalam nahas 2 kenderaan

Wanita maut dalam nahas 2 kenderaan

"Dua mangsa mengalami kecederaan ringan manakala seorang mangsa wanita berusia 27 tahun disahkan maut di tempat kejadian."

Subang Jaya: Seorang wanita maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 35 Lebuhraya Shah Alam (Kesas) menghala Shah Alam, di sini semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, sebuah jentera dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan pada 11.44 malam.

"Kemalangan membabitkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Proton Wira.

"Kesemua mangsa yang berkenaan dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, dua mangsa mengalami kecederaan ringan manakala seorang mangsa wanita berusia 27 tahun disahkan maut di tempat kejadian.

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!






Shopee Affiliates

Belajar Buat Duit Shopee Affiliates edisi lengkap

RM 9.90 Sahaja

(136k Terjual)